Anda Sedang Mencari Bilik Seminar Kota Bharu Yang Selesa Dan Strategik?
Sedang merancang seminar, bengkel atau sesi latihan di Kota Bharu, tapi masih belum jumpa bilik seminar yang betul-betul selesa, lengkap dan mudah diurus?
Di Kijo.My, kami sediakan bilik seminar Kota Bharu yang moden, berfasiliti penuh dan sesuai untuk penganjur yang mahu program berjalan lancar, peserta selesa, dan teknikal dijaga rapi.
Fakta Utama
🏢 Bilik seminar Kota Bharu yang fokus untuk seminar, bengkel & latihan profesional – bukan sekadar bilik kosong. 📶 Internet laju, aircond sejuk & fasiliti teknikal lengkap (projektor, audio, kerusi/meja). 📍 Lokasi premium di Kubang Kerian, tepi jalan utama, sebelah McDonald’s Kubang Kerian. 🍽️ Dikelilingi restoran & kafe popular – senang urus makan peserta sebelum/selepas program. 🤝 Sesuai untuk 10–100 peserta, dengan pilihan naik taraf ke Dewan Kota Bharu jika perlukan ruang lebih besar.
Apa Masalah Biasa Penganjur Seminar Di Kota Bharu?
Ramai penganjur mengadu:
• Bilik seminar nampak cantik dalam gambar, tapi sempit & panas bila program bermula. • Projektor kabur, sistem audio tak jelas, WiFi perlahan jadi peserta cepat hilang fokus. • Peserta sesat cari lokasi, parking terhad dan jadual program mula lari. • Pengurus venue tidak familiar dengan keperluan seminar jadi penganjur terpaksa “jadi teknikal” sendiri.
Di Kijo.My, bilik seminar kami dibina berdasarkan pengalaman sebenar menganjurkan program:
• dari kelas komuniti kecil, • ke seminar profesional, • dan bengkel latihan bisnes & kerjaya.
Fokus kami mudah: bilik seminar yang mesra penganjur, bukannya sekadar ruang untuk disewa.
Kenapa Pilih Bilik Seminar Kota Bharu Di Kijo.my?
1. ✅ Lokasi Strategik Dan Mudah Akses
📍 Terletak di Suite 1.03, Wisma Zara Business Centre, Kubang Kerian, Kota Bharu. 🚗 Tepi jalan utama, mudah dicari melalui Waze / Google Maps. 🍔 Sebelah McDonald’s Kubang Kerian – landmark yang semua orang kenal. 🧭 Senang cari – peserta tak perlu pusing banyak kali. 🅿️ Senang parking – kawasan sekeliling menyediakan ruang letak kereta yang praktikal. 🏥 Berdekatan hospital, universiti & kawasan komersial – sesuai untuk peserta dari luar daerah.
2. ✅ Internet Laju & Aircond Sejuk
Untuk seminar moden, internet bukan lagi “optional”.
📶 WiFi berkelajuan tinggi – sesuai untuk: • pembentangan berasaskan cloud, • pendaftaran QR, • sesi Zoom / hybrid meeting. ❄️ Penghawa dingin sejuk & stabil – penting untuk program separuh hari atau sehari penuh. ☕ Boleh tambah konsep free flow coffee / minuman ringan (bergantung pakej) supaya peserta sentiasa segar.
3. ✅ Fasiliti Lengkap & Moden
Bilik seminar Kota Bharu di Kijo.My dilengkapi:
🖥️ Projektor / LED screen berkualiti untuk slide & video. 🔊 Sistem audio jelas dengan mikrofon. 🪑 Meja & kerusi selesa – sesuai untuk sesi menulis, menaip & latihan praktikal. 🧰 Sokongan teknikal asas sebelum program bermula. ☕ Ruang rehat mini di luar bilik untuk peserta berehat di antara sesi.
Semua ini supaya anda boleh fokus menyampaikan konten, bukan sibuk stres dengan kabel & butang.
4. ✅ Harga Berpatutan Dan Fleksibel
Kami faham realiti bajet penganjur:
• ada NGO & komuniti, • ada trainer individu, • ada syarikat kecil & besar.
Sebab itu, kadar sewaan bilik seminar di Kijo.My disusun secara fleksibel mengikut:
• tempoh (jam/separuh hari/sehari penuh), • hari (weekday/weekend), • dan jenis penggunaan (seminar, meeting, kelas berulang).
Tiada caj “mengejut” – semuanya jelas dalam quotation.
5. Suasana Profesional Dan Selesa
• Rekaan moden & minimalis, sesuai dengan identiti profesional. • Pencahayaan yang selesa, tidak terlalu malap atau terlalu terang. • Bilik kemas, teratur dan senang di-brand-kan dengan bunting, backdrop & roll-up banner.
Suasana yang tenang & profesional membantu:
• peserta kekal fokus, • penceramah lebih yakin, • dan imej organisasi naik di mata tetamu.
Acara Yang Sesuai Di Bilik Seminar Kota Bharu Kami?
Tidak kira apa jua jenis acara yang anda rancang, kami di Kijo.my akan memastikan segala keperluan anda dipenuhi dengan cekap dan profesional.
Sesi Latihan Dan Bengkel Profesional
Seminar Korporat Dan Taklimat Jabatan
Mesyuarat Perniagaan Dan Brainstorming
Acara Networking, Pitching Dan Demo Produk
Kelas Profesional, Kursus Khas Dan Program Soft Skills
Tidak kira sama ada anda menganjurkan acara 10 orang atau 100 orang, kami ada bilik seminar (dan dewan seminar) yang sesuai untuk keperluan anda.
Apa Kata Pelanggan Kami
Berikut kami kongsikan beberapa respon dari pelanggan bilik Seminar kijo.My
Alhamdulillah, Program MasjidMy di Kijo.My Berjalan Lancar. Kelengkapan Yang Disediakan Bagus & Selesa. Malah Kijo.My Boleh Siapkan Jamuan Ringkas Kepada Para Tetamu Kami
Dato' Agil Faisal Ahmad Fadzil
CEO @ MasjidMy.com
Fasiliti Di Kijo.My Memang Terbaik Dengan Sediakan Makanan. Aircond Pun Sejuk, Meja & Kerusi Yang Selesa. Memang Puas Hati.
Afiq Fauzi
Maxxan Realty Property Agency
Di Mana Lokasi Bilik Seminar Kota Bharu ni?
Bilik Seminar Kota Bharu kami betul-betul di tepi jalan utama, sebelah McDonald’s Kubang Kerian, lokasi ni bukan biasa-biasa. Senang cari, senang parking, dan yang paling penting, dekat dengan semua tempat makan best yang confirm buat perut bahagia!
Dekat Sangat Dengan Kedai Makan & Minum
☕ Nasken Coffee – untuk kopi premium & dessert. 🍛 Malay Thai Restaurant – menu berat untuk makan tengah hari / malam. 🍗 Ayam Goreng Pokya & Edlee – ayam goreng rangup yang ramai orang cari. ☕ Tiap Hari Kopi – pilihan kopi yang kuat identiti, sesuai lepas sesi panjang. 🏪 emart24 – untuk kudapan, air & keperluan ringan. 🛋️🍽️☕ Dengan segala kemudahan dalam radius beberapa meter, anda boleh fokus pada seminar tanpa risau soal makan, minum atau tempat rehat peserta.
Sangat Selesa & Mudah Akses
Dengan segala kemudahan dalam radius beberapa meter, anda boleh fokus pada seminar tanpa risau soal makan, minum, atau tempat rehat.
Kijo.My
Suite 1.03, Wisma Zara business Centre, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Lokasi strategik akan buat anda rasa semuanya mudah dan nikmati pengalaman seminar paling smooth dan selesa!
Lagi awal lebih baik, sebab pengesahan tempahan bergantung kepada kekosongan tarikh pada waktu tempahan dibuat.
Dewan ini sesuai untuk acara dengan jumlah peserta antara 18 hingga 20 orang, bergantung kepada jenis susun atur.
Boleh sangat. Kami sediakan pilihan fleksibel sama ada untuk separuh hari atau ikut jam, mengikut keperluan anda.
Boleh je Boss. Kami terima tempahan untuk hujung minggu, malam, atau cuti umum — ikut kesesuaian acara anda.
Boleh sangat. Kami galakkan anda tengok sendiri ruang dewan sebelum buat keputusan, supaya lebih yakin dan selesa.
Boleh, tertakluk kepada kekosongan tarikh baru. Jika tarikh asal telah dipegang dan menolak pelanggan lain, caj tetap mungkin dikenakan. Kami akan bantu cari penyelesaian terbaik.
Tempahan boleh dibuat terus melalui WhatsApp di kijomy.wasap.my. Bayaran boleh dilakukan melalui pemindahan online atau tunai, dan tempahan akan disahkan selepas bayaran diterima.
Ya, surau disediakan untuk kemudahan peserta Muslim menunaikan solat tanpa perlu keluar dari lokasi.
Free parking disediakan. Lokasi kami memang mudah akses dan tidak membebankan peserta.
Boleh disediakan jika diperlukan. Beritahu kami lebih awal semasa tempahan.
Ya, kami boleh sediakan staf bantuan atas permintaan, seperti urusetia, teknikal atau sokongan acara.
Ya, kami sediakan pakej makanan & minuman seperti sarapan pagi, makan tengah hari dan hi-tea — ikut bajet dan keperluan anda.
Boleh sangat. Bilik ini juga sesuai untuk kursus, taklimat syarikat, seminar, majlis pelancaran produk, atau sesi onboarding kakitangan.
Smart interactive panel boleh disediakan atas permintaan. LED screen akan tersedia dalam masa terdekat.
Buat masa ini, akses menggunakan tangga sahaja. Lif akan ditambah pada masa akan datang.