Tempah Kerusi Seminar China – Kualiti Tinggi & Harga Berbaloi
Di Kijo.my, kami sentiasa berusaha menambah baik fasiliti supaya setiap seminar, bengkel dan mesyuarat berjalan dengan lebih lancar dan selesa. Untuk menampung jumlah program yang semakin meningkat, kami membuat keputusan untuk menambah kerusi baharu dan kali ini, kami mencuba tempahan kerusi seminar terus dari China.
Kenapa Kami Pilih Borong Dari China?
1 — Harga Lebih Rendah (Terus Kilang)
Tak melalui middleman, tak ada markup pelik.
Harga per unit lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.
2 — Kualiti Boleh Pilih Ikut Standard
Anda boleh pilih:
– frame besi lebih tebal
– sponge density
– fabrik warna
– finishing & design
Kualiti setanding kerusi hotel dan training room.
3 — Minimum Order Pun Fleksibel
Tak perlu sampai kontena penuh.
MOQ 50–100 pun banyak kilang terima.
4 — Proses Order Mudah
Supplier, shipping, kastam, penghantaran semua urus ikut SOP.
Anda cuma tunggu sampai.
Untuk batch pertama, kami memesan 120 unit kerusi seminar, diikuti 80 unit tambahan bagi batch kedua. Secara keseluruhan, kami menerima 200 kerusi untuk kegunaan event hall, bilik seminar & meeting suite.
Batch Pertama Kerusi Seminar Sampai Wisma Zara
Menariknya, apabila kerusi tiba, ia datang dalam bentuk belum siap dipasang sepenuhnya. Setiap unit dihantar dalam keadaan komponen berasingan seperti rangka besi, tempat duduk, skru dan aksesori lain. Jadi, pasukan Kijo sendiri mengambil inisiatif untuk melakukan pemasangan satu per satu bagi memastikan semuanya kukuh, selamat dan sempurna sebelum digunakan.
Walaupun proses memasang semua kerusi ini agak mengambil masa, ia memberi kami keyakinan tambahan kerana kami boleh memastikan setiap unit dipasang dengan betul mengikut spesifikasi. Dari segi kualiti, memang tiada kompromi, rangka besi tebal, sponge selesa, fabrik kemas, dan finishing kelihatan profesional seperti kerusi hotel dan training center.
Secara keseluruhan, pengalaman borong dari China ini tetap sangat berbaloi. Harga jauh lebih jimat berbanding pasaran tempatan, kualiti lebih baik daripada jangkaan, dan pilihan spesifikasi pun lebih fleksibel. Kami juga dapat belajar proses sebenar dari A–Z, termasuk pemasangan, sehingga memudahkan kami menilai standard kualiti bagi tempahan masa hadapan.
Bagi anda yang mengurus event space, pusat latihan, agensi kerajaan, institusi pendidikan atau mahu membeli kerusi seminar dalam jumlah besar, borong terus dari China memang patut dipertimbangkan. Berdasarkan pengalaman kami, ia menjimatkan kos dan memberikan nilai yang lebih tinggi.
Siapa Patut Pertimbangkan Borong Kerusi Seminar China?
– Event space
– Studio & training center
– Sekolah, kolej & universiti
– Agensi kerajaan
– Dewan komuniti / masjid
– Company yang selalu buat training dalaman
– Individu nak borong untuk jual balik (reseller)
Kalau anda nak beli untuk kegunaan sendiri atau nak borong untuk bisnes — kami boleh bantu dari A–Z.
Nak Borong Kerusi Seminar Dari China? Kami Bantu.
Kami ada pengalaman direct sourcing, supplier yang terbukti, dan step-by-step shipping.
Jika anda nak:
– beli 20–50 unit untuk kegunaan sendiri
– borong 100–500 unit untuk venue
– jadi reseller dan jual di Shopee / TikTok Shop
– buat tempahan khas untuk sekolah/agensi
Boleh terus WhatsApp kami.
📞
011-6991 4667WhatsApp cepat:
kijomy.wasap.my