Event Space Kota Bharu: Kenapa Kijo.my Lokasi Paling Strategik & Senang Akses
Kijo.my terletak di salah satu lokasi paling strategik di Kota Bharu tepi jalan utama, senang dicari, dan akses sangat mudah untuk semua peserta. Ramai organiser pilih Kijo kerana mereka tak perlu risau peserta sesat, pusing kawasan perumahan atau cari parking jauh. Waze terus jumpa, dan kawasan ini memang terkenal dengan akses yang cepat sama ada dengan kereta, Grab atau berjalan kaki.
Lokasi Kijo
Tepi Jalan
Strategik
Mudah Akses
Untuk event yang menerima peserta luar kawasan, lokasi Kijo memang memberi kelebihan besar. Banyak hotel berdekatan berada dalam jarak yang sangat dekat: Stada Hotel (600m), AAM Hotel (700m), Impiana Hotel (750m), Al Khatiri Hotel (800m) dan Hotel Mansya (1.9km). Peserta boleh check-in dengan mudah, berehat, dan kembali ke venue tanpa buang masa dalam trafik sangat sesuai untuk seminar, kursus, bengkel, taklimat dan training sepanjang hari.
Bahagian paling disukai ramai ialah pilihan makanan sekeliling Kijo yang memang banyak. McDonald’s hanya 56 meter dari pintu, betul-betul sebelah. Selain itu, ada Nasken Coffee (300m), KFC (400m), Superdough (500m), Mydin Hypermarket (600m) dan Kopi Mesin (1km). Sama ada sarapan, lunch break, atau coffee break, peserta tak perlu keluar jauh. Ini buat event lebih smooth dan organiser pun lebih senang urus.
Dari segi kemudahan, Kijo.my sudah lengkap dengan semua fasiliti penting untuk event profesional: Studio Hall luas, sistem audio, TV/LED screen, bilik meeting, kerusi & meja, high-speed WiFi, aircond sejuk, whiteboard, dan akses parking mudah. Organizer hanya perlu bawa laptop, selebihnya kami sediakan.
LED Screen 15 x 8 kaki
Smart Interactive Panel
Internet High Speed
Aircond Sejuk
Dengan gabungan lokasi tepi jalan, hotel berdekatan, kedai makan merata, parking mudah dan fasiliti lengkap, Kijo.my merupakan event space terbaik di Kota Bharu untuk seminar, bengkel, training, taklimat, coaching, kelas, content shooting, rehearsal dan small corporate events.
Kalau anda sedang merancang event dan nak venue yang mudah, strategik dan zero stress, Kijo.my memang tempat yang paling sesuai. Untuk check slot, lawat lokasi atau buat tempahan: